CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Terengganu] 24 jam terapung, nelayan anggap bagai mati hidup semula

[Copy link]
Post time 9-4-2022 04:01 PM | Show all posts |Read mode

ROSMADI Rahim (kanan) menceritakan pengalamannya terapung hampir 24 jam selepas bot dinaiki bersama dua rakan karam di perairan Pulau Kapas, Terengganu, Selasa lalu.

   
DUNGUN: Dua nelayan terapung hampir 24 jam di laut namun akhirnya diselamatkan selepas bot dinaiki bersama seorang tekong karam di perairan Pulau Kapas, dekat sini, Selasa lalu.

Rosmadi Rahim, 48, berkata, dia dan Anuar Mohammed Nor, 57, seperti mati hidup semula apabila diselamatkan nelayan lain pada pukul 11 malam selepas hanyut ke Pulau Tenggol dan perairan Kertih.

Katanya, mereka bersama tekong, Wan Mustapha Ayub, 63, yang masih hilang bertekad terjun ke laut dengan masing-masing hanya berpaut pada pelampung pukat setiap seorang selain jaket keselamatan berikutan bot yang bocor dibadai ribut, kira-kira kira pukul 2 pagi.

“Tekong kurang mahir berenang dan mengadu sangat penat, tetapi dia tidak henti berdoa supaya kami diselamatkan nelayan lain.

“Jarak kami terapung dekat antara satu sama lain dan saya tidak sedar bila kami terlelap, apabila terjaga didapati Wan Mustapha tiada bersama sama ada dia tenggelam atau dihanyutkan arus,” katanya ketika ditemui pemberita  di Kampung Seberang Pintasan, di sini semalam.

Menurut Rosmadi, mereka bertiga keluar menangkap ikan pada Isnin dan ribut kuat menyebabkan bot pukat tunda dinaiki terumbang-ambing hingga dimasuki air dan bocor.

Katanya, ketika itu tekong sempat memecut bot untuk meminta bantuan nelayan lain, malangnya gagal kerana bot mereka tenggelam dengan pantas.

“Semasa hanyut, kami hanya mampu berdoa dan minum air laut apabila lapar. Syukur, kami ditemukan nelayan lain dan dapat kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.  – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... -mati-hidup-semula/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.371030 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list