|
Penyanyi duo popular, Silk Sonic bersama penggubah lagu Leave The Door Open, Dernst Emile II ketika menerima trofi Song Of The Year, Anugerah Grammy Ke-64, pagi ini. - Foto AGENSI
LAS VEGAS: Lagu Leave The Door Open nyanyian penyanyi duo, Silk Sonic memenangi kategori Song Of The Year menerusi Anugerah Grammy Ke-64 dalam siaran langsung dari MGM Grand Garden Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) jam 8 pagi ini (waktu Malaysia).
Lagu berentak R&B dan disuntik elemen retro 1970-an itu adalah hasil ciptaan Anderson .Paak, Christopher Brody Brown, Dernst Emile II dan Bruno Mars.
Silk Sonic menyaksikan gandingan Mars dan .Paak berjaya mengalahkan enam penyanyi pencabar iaitu Bad Habits (Ed Sheeran), A Beautiful Noise (Alicia Keys & Brandi Carlile), Drivers License (Olivia Rodrigo), Fight For You (H.E.R), Happier Than Ever (Billie Eilish) dan Kiss Me More (Doja Cat Featuring SZA).
Bruno Mars (kiri) bersama Anderson .Paak dan Dernst Emile II ketika menyampaikan ucapan selepas menerima trofi kemenangan. - Foto AGENSI
Selain kategori Song of The Year, Silk Sonic turut membawa pulang trofi Persembahan Terbaik R&B untuk lagu yang sama.
Pasangan duo terkenal itu turut dicalonkan menerusi kategori Record Of The Year bersaing dengan penyanyi hebat lain seperti Tony Bennett & Lady Gaga, Billie Eilish, Justin Bieber feat Daniel Caesar & Giveon, Olivia Rodrigo, Lil Nas X, Doja Cat feat SZA dan kumpulan ABBA.
Leave The Door Open adalah single perdana dipetik daripada album Silk Sonic berjudul An Evening with Silk Sonic. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/hibur ... ear-anugerah-grammy |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|