CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Terengganu] Aura Ramadan kembali, jemaah terharu dapat Tarawih di masjid

[Copy link]
Post time 3-4-2022 10:05 AM | Show all posts |Read mode

KUALA TERENGGANU: Ramadan tahun ini pastinya lebih bermakna buat umat Islam di seluruh negara, lebih-lebih lagi kepada warga daerah ini apabila mereka dapat berjemaah tanpa penjarakan fizikal mulai malam ini di Masjid Kristal selepas ditutup sejak empat tahun lalu.

Rata-rata jemaah yang ditemui melahirkan rasa gembira dan teruja dapat melepaskan rindu untuk menunaikan ibadat di masjid yang diiktiraf sebagai antara yang tercantik di dunia.

Ahmad Shibra Mullisi Khashiie, 30, dari Kampung Tanjung, berkata kelonggaran yang diberikan kerajaan membenarkan orang ramai mengerjakan solat Tarawih secara berjemaah Ramadan tahun ini amat dihargai.

"Saya sangat rindu untuk solat Tarawih berjemaah dengan susunan saf yang rapat dan pembukaan semula Masjid Kristal sangat ditunggu umat Islam khususnya di negeri ini.


"Berikutan itu, saya sanggup datang ke sini (Masjid Kristal) walaupun terdapat masjid dan surau di kawasan rumah untuk menunaikan solat Tarawih," katanya ketika ditemui di perkarangan masjid malam ini.



Jemaah menunaikan solat Tarawih tanpa penjarakan fizikal ketika tinjauan di Masjid Kristal, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu malam ini. Masjid kristal yang kini kembali beroperasi selepas ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih sejak empat tahun lalu. - Foto NSTP/Ghazali Kori

Seorang lagi jemaah, Mahdi Jusoh, 51, dari Kampung Durian Burong, berkata dia sudah lama menunggu untuk menunaikan solat di Masjid Kristal selepas ditutup sejak empat tahun lalu.

Tinjauan di masjid berkenaan mendapati lebih 400 jemaah memenuhi ruang solat masjid berkenaan yang boleh memuatkan 700 jemaah.

Solat Tarawih di masjid berkenaan diimamkan empat imam jemputan masing-masing dua dari Yaman dan Mesir.


https://www.bharian.com.my/berit ... t-tarawih-di-masjid


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159257 Replies : 3908
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71225 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188147 Replies : 1712

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.164091 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list