Komposer yang juga merupakan anggota kumpulan Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani merancang untuk kembali bertanding sebagai calon dalam pilihan raya Indonesia pada 2024.
Dia menyatakan hasratnya itu dalam satu temu bual seperti dipetik dari Kapan Lagi.
Kredit foto: IG Ahmad Dhani
“Iya, pasti akan bertanding.
“Tahun 2024 nanti saya akan calonkan diri saya,” katanya.
Bagaimanapun, dia belum menyebut sama ada untuk bertanding sebagai calon kerajaan pusat atau sebagai wakit daerah.
Pada tahun 2019, Ahmad Dhani bertanding dalam Pemilihan Ketua Daerah bagi kawasan Bekasi, Jawa Barat.
Walaupun kalah ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam arena politik.
Kredit foto: IG Ahmad Dhani
Sementara itu, Ahmad Dhani kini sedang fokus dengan aktiviti seni bersama Dewa 19 yang akan menyambut ulang tahun kerjaya mereka ke-30.
Selain merancang untuk mengadakan konsert di 30 lokasi, Ahmad Dhani juga akan melancarkan lagu baharu berjudul Juliette yang sudah ditulis sejak tahun 2010.
Sumber: mStar |