CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Terengganu] KPM akan teliti kurikulum tahap satu sekolah rendah

[Copy link]
Post time 31-3-2022 12:36 PM | Show all posts |Read mode

RADZI (dua kiri) beramah mesra bersama sebahagian guru. FOTO Ghazali Kori

Kuala Nerus: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meneliti kurikulum tahap satu sekolah rendah sebelum melaksanakan penambahbaikan.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia perlu diperincikan dengan merangkumi pelbagai sudut bagi melakukan penambahbaikan atau perubahan.

Beliau berkata, kitaran sekolah rendah akan berakhir tahun ini dan kurikulum baharu bakal dilaksanakan.

"Berkaitan dengan kurikulum ini sebenarnya saya sudah jelaskan kurikulum ini ada pusingan, jadi untuk KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) kumpulan murid tingkatan 5 yang menamatkan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) adalah kumpulan yang sudah menamatkan satu pusingan KSSM.

"Jadi mengikut pendekatan yang digunakan oleh KPM selama ini apabila selesai satu pusingan itu, ia akan dilihat (dan) diteliti balik kurikulum yang berkaitan untuk dilihat sekiranya perlu dibuat penambahbaikan atau perubahan.

"Untuk murid di sekolah rendah, kitarannya akan berakhir pada tahun ini sebab sekolah rendah (tempohnya) enam tahun, jadi murid yang pertama sekali masuk kurikulum baharu pada waktu itu akan tamat tahap pertama ini pada tahun ini.

"Kita akan terus meneliti, apakah penambahbaikan yang boleh dibuat, perubahan kurikulum tidak boleh dilihat secara kecil-kecilan sebaliknya membabitkan keseluruhan termasuk tahap satu, tahap dua, sekolah menengah dan seterusnya supaya sukatan digunakan pada masa ini hingga akan datang terus relevan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 Tahun 2022 di sini, malam tadi.

Terdahulu, KPM disarankan untuk mengembalikan semula Sistem3M iaitu membaca, menulis dan mengira untuk tahap satu sekolah rendah bagi menggantikan sukatan sedia ada.

Ia sekali gus dilihat dapat menangani isu beg berat murid yang berlarutan sekian lama melalui tujuh inisiatif utama yang digariskan oleh KPM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159660 Replies : 3912
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19264 Replies : 75
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 25782 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71326 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13907 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8010 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.049929 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list