|
NEW YORK: Vokalis kumpulan terkenal The Wanted, Tom Parker, menghembuskan nafas terakhir pada usia 33 tahun, akibat kanser otak, semalam.
Berita duka itu dikongsikan isteri tercintanya, Kelsey Hardwick, menerusi entri Instagram miliknya.
“Dengan dukacita, kami mengesahkan Tom telah meninggal dunia hari ini (semalam) di samping keluarga tercinta.
“Hati kami luluh, Tom benar-benar bermakna dalam hidup kami.
“Kami tidak dapat bayangkan bagaimana untuk meneruskan kehidupan tanpa senyumannya,” coretnya di Instagram.
Mengulas lanjut, Kelsey juga menitipkan penghargaan buat semua yang telah memberi sokongan sepanjang suaminya berjuang melawan kanser.
“Kami berterima kasih atas kasih sayang dan sokong.
“Terima kasih kepada semua yang telah menyokong sepanjang dia berjuang sehingga ke akhir hayatnya.
“saya selamanya berbangga dengan anda,” ujarnya.
Terdahulu, Tom disahkan menghidap kanser otak pada Oktober 2020 selepas diserang sawan.
Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Glad You Came itu meninggalkan dua cahaya mata, Aurelia, 2, dan Bodhi yang baru berusia setahun.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|