CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Terengganu] Terengganu salur RM1 juta bantu petani, penternak terjejas banjir

[Copy link]
Post time 29-3-2022 04:53 PM | Show all posts |Read mode
MARANG - Kerajaan negeri Terengganu meluluskan bantuan saguhati RM1 juta kepada lebih 400 petani, penternak dan pengusaha ikan sangkar negeri ini yang terjejas akibat banjir besar baru-baru ini.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bantuan dari Tabung Bencana Pertanian itu akan diagihkan kepada penerima secara terus ke dalam akaun dalam masa terdekat.

Menurutnya, sektor pertanian Terengganu mengalami kerugian RM12.9 juta akibat banjir dan bayaran saguhati itu merupakan insentif dan motivasi untuk warga petani dan penternak kembali bangkit memulakan bidang masing-masing selepas diuji dengan musibah.

"Bantuan ini sekitar 10 peratus jumlah kerugian ke bawah bergantung kepada jenis sektor. Contohnya, pertanian kita beri antara RM1,000 hingga RM1,500 setiap satu hektar, kematian lembu sebanyak RM500 seekor dan bantuan ini dalam proses untuk diagihkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Pemberian Bantuan Baja Pertanian Kepada Pekebun Kecil B40 Parlimen Marang yang disempurnakan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Dewan Tok Guru, Rusila di sini, pada Selasa.

Sementara itu Dr Azman berkata, banjir besar yang melanda bulan lalu menyebabkan lebih 404 hektar kawasan tanaman kontan seperti sayur di Terengganu rosak ditenggelami air dan sebahagian besar kawasan tersebut diusahakan dengan tanaman tembikai.

Sehubungan itu beliau berkata, harga runcit tembikai dijangka meningkat kepada lebih RM2 sekilogram pada Ramadan nanti kerana kekurangan bekalan.

"Kita jangka ada kenaikan harga sebab ia berkait rapat dengan 'supply and demand'. Bagaimanapun, Insya-Allah bekalan sayur cukup sepanjang ramadan ini.

"Walaupun kita mungkin kekurangan bekalan kerana kemusnahan kawasan tanaman kontan namun penyelarasan untuk membawa masuk bekalan sayur dari luar Terengganu sudah dibuat bagi menampung permintaan rakyat sepanjang bulan puasa nanti," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... nak-terjejas-banjir
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 1.273946 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list