CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1003|Reply: 2

20 tahun berkawan baik, Sonam Kapoor anggap Rani Mukerji macam kakak sendiri

[Copy link]
Post time 29-3-2022 03:41 PM | Show all posts |Read mode

Sonam (kiri) menyayangi Rani Mukerji seperti kakaknya sendiri.

RAMAI mengetahui dua bintang terkenal Bollywood, Rani Mukerji dan Sonam Kapoor merupakan sahabat baik sejak dua dekad lalu.

Menerusi laporan Hindustan Times, kedua-duanya meraikan ulang tahun ke-20 persahabatan mereka itu semasa menghadiri majlis dianjurkan oleh saudara Sonam iaitu Sunil Kapoor.

Dalam hantaran di Instagram, Sonam menulis luahan rasa cintanya kepada Rani serta menganggap hubungan mereka seperti seorang kakak dan adik.

"Sebuah persahabatan yang telah berlangsung selama 20 tahun. Sayang kamu Rani!

"Tidak banyak teman yang tulus dalam industri ini, semua ada kepentingan tapi kami seperti kakak dan adik," tulis Sonam.

Bersama kapsyen tersebut, Sonam turut berkongsi foto memperlihatkan Rani tersenyum sambil memeluk erat dirinya.

Sonam yang sedang hamil mengenakan gaun putih dengan rambut diikat kemas.

Perkongsian pelakon filem Neerja itu menerima reaksi positif pengikut dan rata-ratanya memuji keikhlasan perhubungan dua aktres popular ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 12:37 PM | Show all posts
patut la sonam ni hangin sgt dgn aishwarya... psl dia bekap rani yg cintanya dicaras aissh dlm merebut abhishekk
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
walaupun 20tahun,daku kenal rani ja. mgkin zaman sonam ni daku dah beralih arah ke tamil hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.036658 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list