CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Terengganu] Unggas spesies terancam berhijrah ke Tasik Kenyir

[Copy link]
Post time 28-3-2022 12:37 PM | Show all posts |Read mode

Peserta program KBNQ 2022 melihat 40 spesies baharu burung di Bukit Lawit, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu.

HULU TERENGGANU - Keunikan hutan semula jadi Tasik Kenyir menggamit kehadiran 40 spesies unggas baharu daripada spesies terancam berhijrah ke tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Razali Idris berkata, kehadiran pelbagai burung spesies baharu yang dikesan sejak 2017 hingga tahun ini menjadikan keseluruhan 336 spesies burung yang direkodkan di lokasi berkenaan.

Katanya, antaranya spesies baharu dikenal pasti ialah burung yang diancam kepupusan iaitu burung botak kecil, bangau kendi, puchong seriap, bangau paya, helang hitam, puyuh tanah dan layang-layang besar.


White-Crowned Hornbill

"Pertambahan spesies burung ini membuktikan ekosistem dan alam semula jadi di Tasik Kenyir menjadi daya penarik kepada burung untuk berhijrah ke kawasan itu.

"Lebih istimewa, kita turut mempunyai sembilan spesies enggang termasuk yang terancam iaitu tebang mentua atau helmeted hornbill. Spesies berkenaan turut dikesan dan boleh dilihat di kawasan Bukit Lawit dan sekitar Tasik Kenyir," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Kenyir Bird & Nature Quest (KBNQ) 2022 di sini, pada Sabtu.

Menurut Razali, Bukit Lawit merupakan kawasan yang tersenarai antara 125 lokasi terbaik bagi aktiviti melihat burung di Asia Tenggara berdasarkan pengiktirafan oleh The Lonely Planet.

Katanya, penganjuran program itu bagi menjenamakan semula Tasik Kenyir sebagai destinasi tarikan utama aktiviti memerhati burung.


Rhinoceros Hornbill

"Penganjuran program tahunan ini turut mempromosikan pelbagai jenis spesies burung yang mungkin masih belum dikenali terutama oleh penggemar burung," katanya.

"Program yang dirintis sejak 2013 ini turut memberi peluang kepada pelancong mencuba pengalaman berbeza memerhati burung selain aktiviti memancing dan menginap di rumah bot," katanya


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... rah-ke-Tasik-Kenyir
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.440960 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list