|
Ariana DeBose
Los Angeles: Pelakon, Ariana DeBose mengulangi kemenangan Rita Moreno di acara Academy Awards ke-94 (Oscars) selepas diumumkan pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi watak Anita dalam filem muzikal West Side Story.
DeBose dalam ucapannya menggambarkan kemenangan ini sebagai satu impian yang menjadi kenyataan.
"Walaupun kita hidup dalam dunia yang pelik, tapi, impian boleh menjadi kenyataan. Terima kasih Steven Spielberg. Sekarang, awak dah tak boleh lari dari saya," katanya dalam ucapan kemenangan.
DeBose juga mencatat sejarah tersendiri sebagai pelakon wanita kulit hitam untuk kemenangannya dalam kategori ini.
"Kepada sesiapa yang selalu keliru mengenai identiti diri mereka, ada tempat untuk kita," katanya.
Pada 1962, Moreno yang pernah memegang watak Anita dalam versi asli West Side Story menjadi pelakon wanita Hispanic pertama memenangi kategori itu.
Dalam versi terbaharu, Moreno memegang watak sebagai pemilik kedai ubat bernama Valentina.
Terdahulu, Ariana juga memenangi beberapa anugerah lain menerusi watak Anita iaitu Golden Globe, BAFTA dan SAG Award. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|