CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 647|Reply: 0

Nam Joo Hyuk mengaku selalu luah perasaan kepada gadis yang disukai

[Copy link]
Post time 27-3-2022 05:04 PM | Show all posts |Read mode

Nam Joo Hyuk popular dalam kalangan rakan perempuan di zaman kanak-kanak.

PELAKON Nam Joo Hyuk mengakui gemar meluahkan perasaannya terhadap perempuan yang disukai ketika zaman kanak-kanaknya.

Malah Nam Joo Hyuk menerusi temu bual bersama majalah Esquire turut berbangga memberitahu ramai perempuan menerima pengakuan cintanya.

"Saya pernah berbuat demikian (luah perasaan) semasa saya di tadika dan sekolah rendah. Saya rasa, saya selalu luah perasaan masa di tadika.

"Jika saya menyukai seseorang, saya akan mengaku dan ada sesetengah perempuan akan menerima sebab mereka juga menyukai saya," katanya.

Dalam pada itu, Nam Joo Hyuk turut berkata seseorang itu seharusnya meluahkan perasaan terhadap orang yang disukai.

Nam Joo Hyuk juga menjadikan pasangan gandingannya dalam drama Twenty Five, Twenty One iaitu Kim Tae Ri yang melakonkan watak Na Hee Do sebagai contoh.

"Bagi saya, anda harus memberitahu seseorang jika anda menyukainya. Lihatlah Hee Do. Dia tidak menyembunyikan perasaan di dalam hatinya.

"Dia hanya mengaku cintanya terlebih dahulu tanpa mengetahui apa yang berlaku. Yang penting anda perlu mencuba untuk mendapat sesuatu.

"Ini juga boleh digunakan kepada perkara lain juga. Jika saya tidak cuba berlakon, saya tidak akan berada di sini," ujar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.057754 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list