CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Terengganu] Wau naga 70 meter

[Copy link]
Post time 27-3-2022 12:28 PM | Show all posts |Read mode

Komuniti penduduk dari Kampung Tok Dir bekerjasama menerbangkan Wau Naga berdekatan Jambatan Angkat (Drawbridge). FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Walaupun pernah gagal dalam cubaan pertama menghasilkan wau naga sepanjang 90 meter (m), namun ia tidak menghalang komuniti Kampung Tok Dir, di sini, untuk terus berusaha hingga berjaya.

Ahli komuniti itu, Mohammad Roslan Ahamd, 29, berkata, cubaan pertama tidak membuahkan hasil apabila wau naga yang dihasilkan tidak mampu meluncur di udara.

Menurutnya, bagi merealisasikan hasrat itu, komunitinya terus berusaha mempelajari teknik-teknik membina sebuah wau naga dan kini sudah mempunyai sebuah wau sepanjang 70 meter yang mampu diterbangkan di udara.

"Ia menggunakan 15 tenaga kerja dan mengambil masa 60 hari untuk disiapkan dengan kos lebih RM2,000 dan 20 orang untuk menaikkan wau terbabit.

"Wau ini hanya boleh dinaikkan ke udara ketika angin betul-betul bertiup kencang memandang struktur yang panjang dan berat," katanya ketika ditemui di kawasan lapang berdekatan jambatan angkat, di sini, semalam.

Menurutnya, mereka menghasilkan wau itu pada waktu malam iaitu antara jam 9 malam hingga 2 pagi dan kebanyakan bahan yang digunakan untuk menyiapkan wau ini adalah buluh.

Katanya, pengalaman membina wau naga sepanjang 90 m sebelum ini banyak memberi pengajaran kerana sekiranya tersilap teknik dalam sambungan antara satu bahagian dengan satu bahagian lain, maka wau terbabit tidak akan mampu naik ke udara.

"Sekiranya mendapat jemputan untuk menerbangkan wau ini bagi tujuan pertunjukan, kami bercadang untuk menyambung wau terbabit hingga mencecah 100 m panjang.

"Lagi panjang sambungan lagi ramai tenaga diperlukan untuk mengangkat wau ini ketika hendak dinaikkan.

"Aktiviti riadah seperti ini dapat merapatkan kami ahli komuniti kerana saling berganding tenaga untuk menyiapkan wau dan dalam masa sama menaikkannya ke udara," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.085294 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list