View: 904|Reply: 2
|
Legenda WWE & Juara Dunia 14 Kali, Triple H Umum Bersara Dari Dunia Gusti
[Copy link]
|
|

Legenda WWE & Juara Dunia 14 Kali, Triple H Umum Bersara Dari Dunia Gusti
Selepas lebih 30 tahun mengabdikan diri dalam ‘dunia’ gusti profesional, legenda WWE, Triple H hari ini telah mengumumkan persaraannya daripada menyertai sebarang pertandingan gusti. Beliau membuat penngumuman tersebut dalam temu bual bersama ESPN pada Jumaat.
Menurut kenyataan, keputusan itu diambil atas faktor kesihatannya yang kini tidak lagi megizinkan beliau bergerak aktif dalam sukan tersebut.
Triple H atau nama sebenarnya Paul Levesque, 52 tahun, menghadapi masalah jantung dan baru sahaja menjalani pembedahan pada September tahun lalu. Beliau turut memaklumkan bahawa, alat ‘difribilator’ telah dipasang di bahagian dada berhampiran jantungnya.
Selain masalah jantung, penggusti terkenal tersebut turut mempunyai masalah radang paru-paru dan pernah diserang batuk berdarah tahun lepas.
Penggusti yang turut dikenali sebagai ‘The Game’ itu pernah meraih kejuaraan dunia sebanyak 14 kali.
Dilahirkan dan dibesarkan di New England, Amerika Syarikat, Levesque memulakan kariernya sekitar awal 1990-an di bawah nama ‘Terra Ryzing’. Beliau kemudiannya menyertai WCW pada 1994 menggunakan nama gelanggang ‘Jean-Paul Levesque’ sebelum dijenamakan semula di WWF (kini dikenali WWE) sebagai Hunter Hearest Helmsley seterusnya Triple H.
Perlawanan terakhirnya diadakaan di Tokyo pada 29 Jun 2019 namun tidak disiarkan di televisyen. Kali akhir beliau muncul di televisyen adalah pada 7 Jun 2019 semasa berlawan menentang saingan lamanya Randi Orton di Arab Saudi.
Sumber: ESPN
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Time to stoppp da gameeeee
Muahahahaha  |
|
|
|
|
|
|
|
tak minat langsung aku tengok triple h boring
baik shawn michaels |
|
|
|
|
|
|
| |
|