CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Terengganu] Laluan cetek sukarkan pendaratan ikan di Pelabuhan Chendering

[Copy link]
Post time 26-3-2022 10:51 AM | Show all posts |Read mode

Kerosakan pada benteng pemecah ombak dikenal pasti punca pemendapan pasir yang menyebabkan laluan bot, terutama yang bersaiz besar ke jeti Pelabuhan Chendering menjadi cetek. - NSTP/BAHAROM BAKAR

KUALA TERENGGANU: Kerosakan pada benteng pemecah ombak dikenal pasti punca pemendapan pasir yang menyebabkan laluan bot, terutama yang bersaiz besar ke jeti Pelabuhan Chendering, di sini menjadi cetek, sekali gus menyukarkan proses mendaratkan ikan.

Difahamkan, kedalaman diperlukan vesel laut dalam untuk berlabuh adalah lima meter, namun pemendapan pasir menyebabkan laluan cetek dan kini hanya pada kedalaman tiga meter.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim, mengakui kegemilangan pelabuhan itu semakin pudar berikutan bot bersaiz besar tidak boleh masuk untuk mendaratkan hasil tangkapan.

"Kajian mendapati punca utama pemendapan pasir adalah kerana kerosakan atau kebocoran benteng pemecah ombak. Kerajaan negeri faham masalah nelayan, terutama nelayan bot besar yang sukar masuk ke kawasan pelabuhan untuk mendaratkan hasil tangkapan.

"Oleh itu, kerajaan negeri melantik konsesi pengerukan pasir bertujuan menangani isu pemendapan pasir yang menjadi punca laluan masuk ke pelabuhan itu cetek," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi.

Dr Azman berkata, kerajaan negeri memberi keutamaan kepada Projek Pembangunan dan Pemerkasaan Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Chendering (PLC) dan sudah mengemukakan permohonan peruntukan di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Tahun 2023, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

"Kita juga memohon peruntukan RM192 juta untuk melakukan penambahbaikan dan pembangunan pelabuhan itu bagi kerja-kerja naik taraf dan membina benteng pemecah ombak serta naik taraf fasiliti yang ada.

"Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sudah melawat PLC pada 24 Januari lalu bagi melihat sendiri isu serta masalah berkenaan dan kita berharap kerajaan pusat mempertimbangkan permohonan bagi menyelesaikan masalah pemendapan pasir di PLC," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.536990 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list