CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Terengganu] Nama panggilan, karakter jadi petunjuk buru suspek kes tembak

[Copy link]
Post time 23-3-2022 08:46 AM | Show all posts |Read mode

ROHAIMI. FOTO BERNAMA

Kuala Terengganu: Polis yakin dapat menangkap suspek kejadian tembak seorang lelaki berusia awal 40-an di Kampung Pasir Tinggi, Hulu Terengganu, Sabtu lalu, dalam masa terdekat.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, berdasarkan keterangan beberapa individu yang dipanggil bagi membantu siasatan sebelum ini, pihaknya percaya dapat memburu suspek.

"Walaupun belum memperoleh identiti penuh suspek, berdasarkan nama panggilan dan karakter dalam rekod polis, kita percaya ia dapat membantu dalam usaha untuk menahan suspek," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Rohaimi berkata, siasatan dijalankan sehingga kini mendapati aktiviti berkaitan dadah dipercayai menjadi punca kejadian itu.

Dalam kejadian itu, lelaki yang ditembak di tepi jalan di Kampung Pasir Tinggi terbabit disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan (KK) Bukit Payung, Marang, jam 2.30 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 1.623596 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list