CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

[Terengganu] Titi sementara ganti jambatan runtuh akibat banjir

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:14 PM | Show all posts |Read mode

RUNTUHAN di jambatan yang menghubungkan Kampung Betong ke Kampung Belukar Bukit akibat banjir lalu. FOTO Ghazali Kori.

Kuala Terengganu: Titi sementara akan dibina bagi menggantikan Jambatan Belukar Bukit, Hulu Terengganu yang runtuh akibat banjir, 27 Februari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, ia akan menjadi laluan sementara yang menghubungkan Kampung Belukar Bukit dan Kampung Betong yang terputus hubungan.

Katanya, pembinaan kemudahan bernilai kira-kira RM100,000 itu adalah penyelesaian jangka pendek bagi kegunaan pejalan kaki, basikal dan motosikal, malah akan siap dalam beberapa hari lagi.

"Untuk jangka panjang pula, kita akan membuat sambungan jambatan yang ada sekarang ini, kita akan tambah kira-kira 12 meter dan buat kepala jambatan yang baharu.

"Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan akan melantik konsultan terlebih dahulu untuk menyiapkan reka bentuk.

"Insha Allah, saya rasa tidak sampai setahun akan siap dan kita anggarkan kos kira-kira RM5 juta," katanya yang ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Banjir melanda Hulu Terengganu bulan lalu antara terburuk hingga menyebabkan Kampung Belukar Bukit dan Kampung Betong terputus hubungan selepas berlaku runtuhan 30 meter di jambatan kampung berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 2.261655 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list