CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

[Terengganu] Bot berat sebelum tenggelam

[Copy link]
Post time 20-3-2022 10:31 AM | Show all posts |Read mode

OPERASI mencari dan menyelamat dua nelayan terkandas di Pulau Redang selepas bot dinaiki tenggelam. FOTO Nik Nurudin Nik Wahid

Setiu : "Saya rasa tidak sedap hati apabila bot yang sedang dikemudi tiba-tiba terasa semakin berat," kata Nik Nurudin Nik Wahid, 29, mangsa bot tenggelam di kawasan perairan Pulau Redang, kelmarin.

Nurudin dari Kampung Gong Tengah Merang berkata, dia tidak menyangka berdepan kejadian mencemaskan itu kerana baru sahaja membeli bot gentian kaca itu dengan harga RM 6,000 daripada pemilik asalnya seminggu lalu.

Katanya, dalam kejadian itu, dia bersama rakannya, Syairazi Mohd, 31, keluar menangkap ikan kira-kira jam 9 pagi.

"Jika diikutkan ini kali kedua saya menggunakan bot itu dan tidak ada sebarang masalah sepanjang perjalanan pergi dan ketika memancing.

"Ketika mahu pulang, bot jadi semakin berat dan saya tidak sedar bahagian lantai bawah bot bocor dan dimasuki air.

"Saya berusaha mengemudi bot ke kawasan daratan terdekat kira-kira 200 meter dari kawasan belakang Pulau Redang sebelum tenggelam sekitar 7 malam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, dia dan rakannya berenang ke kawasan batu-batuan dan sepanjang malam hanya bergantung kepada air bukit untuk menghilangkan dahaga sebelum diselamatkan tengah hari semalam.

"Saya tidak dapat berhubung dengan keluarga untuk meminta bantuan kerana kawasan yang kami duduk tiada liputan telekomunikasi.

"Disebabkan itu saya terpaksa mengambil inisiatif menggunakan plastik diikat pada joran untuk melambai dari jauh meminta bantuan sesiapa melalui kawasan ini," katanya.

Dia berkata, mereka bernasib baik kerana pihak berkuasa melancarkan misi mencari dan menyelamat di kawasan itu selepas keluarga membuat laporan polis, sebelum diselamatkan kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.158660 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list