CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 877|Reply: 1

Bintang Sesame Street meninggal dunia

[Copy link]
Post time 11-3-2022 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Bintang Sesame Street meninggal dunia



New York: Bintang Sesame Street, Emilio Delgado, 81, yang disahkan menghidap barah darah pada 2020, meninggal dunia di kediamannya, di sini, hari ini.

Delgado yang cukup terkenal sebagai watak Luis pemilik Fix-It Shop dalam program ikonik itu menghembuskan nafas terakhir di hadapan isteri serta keluarga tercinta.

Menurut isterinya Carol, Delgado masih berkerja-keras menjayakan pelbagai projek sebelum perintah berkurung dilaksanakan sewaktu pandemik Covid-19 mula melanda.

Projek itu termasuk sebagai bintang utama sebuah produksi teater berjudul Quixote Nuevo.

Pada Disember 2020, dia kemudian disahkan menghidap barah dinamakan Multiple Myeloma berkenaan. Sejak itu, dia dimasukkan ke pusat jagaan untuk rawatan penyakitnya.

Pelakon itu mula terbabit dalam program Sesame Street sejak 1971. Delgado juga kerap menjayakan persembahan pentas secara langsung untuk program berkenaan.

Demi melebarkan lagi sayap kariernya, dia turut muncul dalam pelbagai program TV terkenal. Antaranya Lou Grant, Quincy M.E., Falcon Crest, The Bravest Knight, Law & Order: Special Victims Unit dan House of Cards.

https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... eet-meninggal-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2022 12:24 PM | Show all posts
Patutlah ada ulangan siri Sesame Street ni utk memperingati beliau rupanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035331 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list