CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 572|Reply: 0

Robbie Williams sudah tidak miliki rumah

[Copy link]
Post time 11-3-2022 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Robbie Williams sudah tidak miliki rumah


Robbie Williams


Melbourne: Penyanyi Robbie Williams, 48, kini tidak memiliki rumah tetap dan tinggal di mana-mana selepas menjual hampir semua harta dimiliki termasuk beberapa kediaman mewahnya.

Williams berkongsi perkara itu dalam temubual program radio Australia, Kyle and Jackie O di mana dia juga buntu memikirkan persekolahan anaknya disebabkan masalah itu.

Menurutnya, dia dan isteri Ayda Field, 42, masih memikirkan tempat tinggal baharu serta kemungkinan terpaksa menyekolahkan empat anak mereka di rumah saja.

"Kami belum ada tempat tinggal buat masa sekarang, menjual hampir semua rumah, tinggal merata-rata dan sedang mencari penyelesaian untuk itu.

"Nasib empat anak jadi teka-teki buat kami cari jalan terbaik kerana kalau mereka bersekolah, pasti jarang dapat jumpa saya. Ini kerana saya tidak akan tinggal setempat.

"Sekiranya mereka bersekolah di rumah, ia akan menjadi masalah lain untuk difikirkan. Kami semua sedang cuba mencari penyelesaian terbaik," katanya.

Dalam tempoh beberapa bulan lalu, Williams memutuskan untuk menjual hampir semua hartanahnya selain koleksi seni miliknya.

Pada Januari lalu, dia menjual rumah mewahnya di Wiltshire dengan harga RM37 juta. Minggu lalu, rumah agamnya di Los Angeles turut dilepaskan dan dijual kepada penyanyi Drake bernilai RM203 juta.

Tidak ketinggalan, dua lukisan dalam koleksinya, Girl With Balloon dan Vandalised Oils (Choppers) dijual di pusat lelong Sotheby's dengan harga RM38 juta.

Williams sekarang ini sedang menjalani penggambaran filem biopik Better Man yang dibuat di sini.

Dia juga akan mengadakan konsert di Rod Laver Arena sebagai sebahagian daripada filem itu nanti.

https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... -tidak-miliki-rumah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.036414 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list