CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

[Terengganu] Tiada aktiviti pembalakan haram di Tasik Kenyir - Jabatan Perhutanan Negeri

[Copy link]
Post time 3-3-2022 02:31 PM | Show all posts |Read mode

OPERASI Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) ditutup sementara bermula Ahad lepas berikutan menara penghantaran voltan tinggi yang menyalurkan bekalan elektrik dari SJSM kepada Grid Nasional tumbang akibat tanah runtuh. FOTO BERNAMA

Hulu Terengganu: Tiada sebarang aktiviti pembalakan secara haram di sekitar Tasik Kenyir sehingga membawa impak kemusnahan yang sangat besar semasa banjir melanda Hulu Terengganu Ahad lalu.

Demikian tegas Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu Roslan Rani sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak termasuk netizen yang berkongsi maklumat tidak benar itu di media sosial.

"Sebaliknya, berdasarkan taklimat dari Tenaga Nasional Berhad (TNB), situasi yang berlaku adalah disebabkan terjadinya gelinciran tanah hingga menyebabkan tanah runtuh (berhampiran Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kenyir) pada Ahad lalu.

"Semasa tanah runtuh itu juga berlakunya fenomena 'kepala air' yang turut menyebabkan banyak pokok berhampiran, sampah sarap yang lama, juga sisa kayu dahan dan ranting yang mati dihanyutkan ke dalam sungai.

"Ia menyebabkan seolah-olah berlakunya 'banjir puing' kerana ada video yang tular di media sosial yang memaparkan ratusan kayu hanyut didakwa sebagai balak oleh orang ramai," katanya di sini, hari ini.

Semalam beliau meninjau keadaan runtuhan tanah di sekitar Empangan Jenagor dan Tasik Kenyir bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri Ariffin Deraman dan wakil TNB.

Mengulas lanjut, Roslan berkata, situasi sebenar yang terjadi di Tasik Kenyir adalah sama dengan kejadian di Bentong, Pahang pada akhir tahun lalu.

Ditanya mengenai perancangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu susulan kejadian tanah runtuh itu, beliau berkata, pihaknya akan membuat semakan lanjut dengan mengambil gambar menggunakan dron dan koordinat yang tepat lokasi berkenaan.

"Kita akan buat satu pemetaan pelan untuk perancangan dan juga tindakan selanjutnya yang boleh digunakan untuk kajian bagi mengenal pasti langkah yang lebih baik ke atas kawasan yang terjejas ini," katanya.

Semalam, TNB dalam satu kenyataan memaklumkan operasi SJSM ditutup sementara bermula Ahad lalu berikutan menara penghantaran voltan tinggi yang menyalurkan bekalan elektrik dari SJSM kepada Grid Nasional tumbang akibat kejadian tanah runtuh.

Hujan lebat luar biasa yang berterusan sejak Jumaat lalu mengakibatkan kejadian tanah runtuh yang turut memutuskan akses jalan keluar-masuk ke SJSM pada 4 pagi hari yang sama.

Aliran mendapan yang membanjiri kawasan stesen itu seterusnya mengalir ke Sungai Terengganu dan enam jam kemudian, berlaku satu lagi tanah runtuh yang menyebabkan sebuah jambatan serta menara penghantaran 132kV runtuh. Susulan itu, TNB segera menghentikan operasi SJSM.

Namun, sepanjang penutupan sementara SJSM dengan kapasiti 400 megawatt itu, TNB memberi jaminan bekalan elektrik kepada pengguna di Pantai Timur tidak akan terjejas kerana ia boleh ditampung melalui sumber penjanaan lain yang disalurkan menerusi sistem Grid Nasional.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5066 Replies : 18
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 174863 Replies : 4055
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3299 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 72831 Replies : 2947
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21391 Replies : 116
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45035 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 6563 Replies : 78
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 28129 Replies : 202
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1616 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 1.973527 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list