CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 677|Reply: 0

Deepika Padukone pernah diminta buat pembedahan implan payudara

[Copy link]
Post time 1-3-2022 12:44 PM | Show all posts |Read mode

Deepika tidak mahu ambil serius apabila diminta lakukan implan payudara.

PELAKON terkenal Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dia pernah diminta untuk melakukan pembedahan implan payudara ketika berusia 18 tahun.

Menerusi laporan Hindustantimes, Deepika bagaimanapun berkata ketika itu dia enggan mengambil serius mengenai cadangan tersebut.

"Saya pernah mendapat nasihat yang paling teruk oleh seseorang yang minta saya lakukan pembedahan implan payudara.

"Ketika itu, saya baharu saja 18 tahun. Tapi saya berfikir, kenapa perlu saya ambil perkara itu secara serius," kata Deepika.

Deepika mendedahkan perkara tersebut ketika temu bual bersama FilmFare untuk promosikan filem terbaharunya berjudul Shakun Batra.

Dalam pada itu, Deepika turut memuji rakan selebritinya iaitu aktor Shah Rukh Khan yang banyak memberi nasihat kepadanya.

"Shah Rukh Khan memberi nasihat yang sangat baik dan saya dapat belajar banyak daripadanya. Nasihat yang sangat berguna.

"Seronok dapat bekerjasama dengan orang yang memberi nasihat dan sama-sama mencipta kenangan serta pengalaman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.146252 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list