CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1059|Reply: 0

Kekasih Maid Sebar Foto Tanpa Tudung, Isteri Penyanyi Virgoun Lapor Polis

[Copy link]
Post time 28-2-2022 01:46 PM | Show all posts |Read mode


Isteri kepada penyanyi Virgoun iaitu Inara Rusli berang dengan tindakan kekasih kepada pembantu rumah mereka yang menyebarkan gambarnya tidak bertudung di media sosial.


Bukan hanya itu, gambar berkenaan juga turut disertakan dengan kapsyen yang memfitnah serta ejekan terhadap Inara.


Tidak mahu masalah itu terus berpanjangan, Inara ditemani oleh penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu membuat laporan polis mengenai perkara terbabit.


  



Mereka memohon agar pihak polis menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah sekali gus mengekang penyebaran gambar berkenaan.


"Terima kasih kami ucapkan kepada pihak polis Jakarta Barat  atas program Restrortive Justice yang membantu kami menyelesaikan masalah ini tanpa perlu melalui proses hukum," kata Inara.


Tujuan Inara membuat laporan polis bukan dengan niat untuk berlaku kejam terhadap pembantu rumah mereka dan kekasihnya.


Dia hanya ingin pelaku bertanggungjawab atas perbuatannya dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.


  



"Biarlah Allah yang tentukan balasan atas perbuatan itu. Apa yang kami lakukan bukan untuk menzalimi seseorang tetapi untuk menegakkan keadilan.


"Kami juga ingin memberikan pengajaran kepada sesiapa agar sentiasa menjaga moral , etika dan tata tertib serta bijak menggunakan media sosial," katanya.




  



Inara turut mendedahkan sudah memecat pembantu rumahnya dengan pampasan setimpal dengan pekerjaannya.


Susulan daripada laporan polis yang dibuat itu, bekas pembantu rumah serta kekasihnya membuat permohonan maaf dan mengakui kesalahan mereka secara terbuka di media sosial. -CARI







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.029990 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list