SENDAI: Polis di Sendai, wilayah Miyagi menahan lelaki berusia 51 tahun selepas didakwa membuat kira-kira 440 panggilan telefon kecemasan palsu kepada pusat kawalan dan kawalan polis wilayah.
Menurut polis, Yoshinori Mito, guru sekolah rendah menghubungi pusat kawalan polis di Sendai 440 kali dari Februari hingga Oktober 2021, lapor Sankei Shimbun.
Dalam beberapa panggilan, Mito hanya membisu selepas panggilannya di jawab, manakala pada panggilan yang lain suspek melaporkan insiden kecemasan palsu.
Mito dikatakan mengaku melakukan panggilan tersebut, tetapi menafikan dia lamelakukannya sebanyak 440 kali.
Menurut polis, Mito menjadi suspek panggilan palsu tersebut selepas pusat arahan dan kawalan mengesan nombor telefon yang boleh dilihat dalam log rekod panggilan masuk.
sarawakvoice.com/2022/02/11 |