CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 5

[Dunia] Pengikut ajaran syaitan curi kepala mayat

 Close [Copy link]
Post time 3-2-2022 07:41 PM | Show all posts |Read mode

DUA kepala mayat manusia dicuri oleh pencuri di tanah perkuburan Melbourne ketika menyelinap pada waktu malam. – 7News

Pengikut ajaran syaitan curi kepala mayat

CANBERRA – Kes kecurian sebilangan kepala mayat manusia yang berlaku di sebuah tanah perkuburan di Australia dikaitkan dengan aktiviti pemujaan selepas sepucuk surat kepada syaitan ditemui di salah sebuah kubur yang digali, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Polis bandar raya Melbourne bergegas ke Tanah Perkuburan Awam Footscray baru-baru ini selepas menerima aduan orang awam. Mereka mendapati ia adalah kali kedua kepala mayat telah dicuri dalam tempoh beberapa hari sahaja.

Pegawai-pegawai mendedahkan beberapa barang ditinggalkan di kawasan tersebut termasuk tanda salib, lilin dan nota kepada syaitan, lapor saluran berita tempatan, 7news.

Penemuan itu mendorong pihak berkuasa mengaitkan kes kecurian yang menyeramkan itu dengan pengikut-pengikut ajaran syaitan.

“Mayat manusia menjadi tumpuan utama pencuri dan itu menjadi fokus siasatan kami,’’ kata Pemangku Inspektor, Ben Jarman.

Menurut polis, kubur ketiga telah digali lewat minggu lalu. Tiada apa-apa yang diambil kerana kubur itu kosong.

Pakar kriminologi tempatan, Xanthe Mallett berkata, dia tidak pernah mendengar kes lain yang serupa di negara tersebut.

“Memang menarik. Beberapa symbol ditinggalkan di sekitar makam ini yang nampaknya bersifat syaitan.

“Saya pernah melihatnya di Britain tetapi tidak pernah melihat sebarang aktiviti pemujaan syaitan di Australia,’’ jelas Dr. Mallett.

Bagaimanapun, langkah keselamatan tambahan diambil oleh pihak berkuasa dengan memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di tanah perkuburan itu. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... -curi-kepala-mayat/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kejap kenapa kubur ketiga tu kosong?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Zack8hunter at 3-2-2022 08:21 PM

ya hampunn..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke cey lagi ah minor, dey minor ke gay

Ke C lagi A minor, D minor ke G

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 08:20 PM | Show all posts
thread yang dah ada pun sendu, bukak pulak lagi satu

https://b.cari.com.my/forum.php? ... &extra=page%3D1

@Xim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.082933 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list