Edited by Vellfire at 26-1-2022 03:04 PM
![](https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2021/08/abang-Johari-1.jpg)
KUCHING: Jangan gunakan pandemik Covid-19 sebagai alasan.
Itu peringatan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sr Abang Johari Tun Openg kepada penjawat awam untuk sebarang projek yang lewat pelaksanaannya.
Sebaliknya, tegas beliau, Sarawak memerlukan sektor awam yang yang mampu bertindak pantas bagi memacu pembangunan di negeri ini.
Mengakui bahawa banyak projek yang terlewat susulan pelaksanaan PKP, Abang johari berkata, kerenah birokrasi perlu ditangani, selain usaha mempercepat pelaksanaan projek dilakukan bagi mengelak kerugian.
“Namun saya tidak mencadangkan kita harus mengabaikan prosedur kerana elemen integriti dan tadbir urus yang baik mesti sentiasa menjadi asas perbelanjaan awam,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, semalam.
“Kita perlu laksanakan projek kepada rakyat seperti yang dijanjikan,” katanya.
Menurut beliau, pelaksanaan banyak projek rakyat agak perlahan, dan mengaitkan perkara itu dengan kerenah birokrasi atau isu berkaitan prosedur.
Beliau memberi contoh projek Jambatan Marudi yang lewat setahun di belakang jadual asal sehingga perkhidmatan kontraktornya ditamatkan dan digantikan dengan kontraktor penyelamat.
sarawakvoice.com/2022/01/26 |