![](https://scontent.fkul4-4.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/272333175_242130394759236_8268315095964436951_n.jpg?_nc_cat=110&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=ooUHS6Vniu4AX8400YR&_nc_ht=scontent.fkul4-4.fna&oh=00_AT-CYglwd3JOSWpejuKI7KJ64BxXosXh14d8eh1OyY_pNQ&oe=61F65384)
![](https://scontent.fkul4-3.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/247382122_242130411425901_8748569221585161770_n.jpg?_nc_cat=101&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=f7RneMaXAWEAX_-a4-7&_nc_ht=scontent.fkul4-3.fna&oh=00_AT-SInk2RMUhT503URjFhCKG_lLRHW_8XJlsi5OYadDKBg&oe=61F6BB8F)
COVID: Sarawak rekod 13 kes baharu, satu kematian
KUCHING: Satu lagi kes kematian akibat jangkitan COVID-19 direkodkan di Sarawak melibatkan lelaki dari Sri Aman, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
Jawatankuasa menerusi kenyataan hari ini berkata, kes kematian berkenaan pada 5 Januari 2022 melibatkan lelaki berusia 64 tahun yang jenazahnya di bawa ke Hospital Sri Aman.
Katannya, kes mempunyai latar belakang penyakit ko-morbid iaitu darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung.
“Sementara itu Sarawak merekodkan 13 kes baharu COVID-19 hari ini yang sekali gus menjadikan keseluruhan kes kini sebanyak 252,732.
“Daripada kes baharu ini, lapan kes adalah kategori satu (tiada gejala) manakala lima lagi kategori dua (gejala ringan),” katanya.
Jawatankuasa berkata hanya lima daerah merekodkan kes harian baharu jangkitan COVID-19 dengan Miri yang tertinggi iaitu enam kes.
Mengenai laporan notis kompaun, JPBNS berkata, polis Sarawak telah mengeluarkan 10 notis kompaun ingkar SOP dengan kesemuanya di Kuching.
“Dengan jumlah itu, polis sehingga kini telah mengeluarkan sebanyak 13,039 notis kompaun secara keseluruhan,” katanya.
utusanborneo.com.my/2022/01/26 |