![](https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2022/01/WhatsApp-Image-2022-01-25-at-20.04.19-696x928.jpeg)
SIMANGGANG: Seekor ular tedung selar yang berlegar-legar di kawasan parkir sebuah kediaman dekat Jalan Kedang berjaya dijerut tiga anggota bomba.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga Sri Aman, Ramlan Marajan memberitahu, kehadiran ular sepanjang 13 kaki itu disedari pemilik rumah kira-kira 6.15 petang tadi.
“Tanpa berlengah, tiga anggota diketuai PBK II Noor Faqriakmal Jamari terus digegaskan untuk memberikan bantuan dan mendapati ular tersebut berada di ruang parkir.
“Beberapa minit kemudian, pasukan kita berjaya menangkap ular tersebut menggunakan penjerut ular,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini. Ular tersebut bagaimanapun jelasnya, dilepaskan semula ke habitat asal dan operasi tamat 6.33 petang tadi.
sarawakvoice.com/2022/01/25 |