![](https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2022/01/WhatsApp-Image-2022-01-25-at-11.20.25-1.jpeg)
FOKUS…Pemain pertahanan KC FC, Ramesh Laiban Huat menanduk bola ketika sesi latihan. – FOTO GHAZALI BUJANG
KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) akan menguji kekuatan pasukan Sabah FC dalam perlawanan persahabatan di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Sabtu ini (29 Januari).
Ketua Pegawai Eksekutif KC FC, Iswandi Ali Hassan memberitahu, pihaknya dijemput oleh pasukan Liga Super 2022 itu untuk perlawanan persahabatan tersebut.
“Pihak pengurusan Sabah FC telah menjemput kita untuk menjayakan perlawanan persahabatan hujung minggu ini,” ujar Iswandi kepada Arena Suara Sarawak.
Sambil menyatakan sepak mula perlawanan kedua-dua pasukan itu kelak pukul 8.15 malam.
by Suaraswk
January 25, 2022 |