CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Sabah] PBS tidak pernah berhenti tangani isu PTI

[Copy link]
Post time 11-1-2022 11:32 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak pernah berganjak dari pendiriannya berkenaan isu pendatang tanpa izin (PTI) di negeri ini.

Setiausaha Agung PBS Datuk Joniston Bangkuai berkata, keikhlasan parti itu dalam membendung masalah PTI terbukti Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) mencadangkan agar isu itu dibincangkan oleh penggubal undang- undang di Sabah melalui jawatankuasa khas antara parti.

Katanya, pada Jun 2020, Maximus mengetuai delegasi kepimpinan tertinggi PBS menyerahkan memorandum yang mengandungi cadangan penyelesaian masalah PTI kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, di samping mengikut perkembangan perkara berkenaan secara berterusan.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar ini berkata, PBS mencadangkan agar kerajaan menggunakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas PTI dan hasil 'Projek IC' sebagai rujukan untuk menangani masalah terbabit yang sudah lama berlarutan.

"Beliau juga (Maximus) menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memohon agar mereka melaksanakan 'Undi 18' di Sabah selepas Daftar Pemilih Negeri dibersihkan daripada pengundi yang meragukan, yang mana jumlah mereka  sangat ramai.

"Malah, PBS turut membuat temu janji dengan Pengerusi SPR bagi menyatakan dan membincangkan kebimbangan kami dan PBS masih menunggu mesyuarat itu menjadi kenyataan, walaupun terdapat banyak tindakan susulan.

"Pendirian kami mengenai PTI dan 'Projek IC' tidak pernah goyah, dan PBS akan terus mencari jalan penyelesaian yang paling sesuai bagi menangani masalah itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu ini berkata, perjuangan untuk membebaskan Sabah dari PTI sudah dimulakan dan kekal sebagai salah satu isu utama yang diketengahkan oleh PBS sejak penubuhannya pada 1985 membuktikan parti ini sangat konsisten dalam isu berkenaan.

Joniston turut mengulas gesaan bekas Senator PBS Dr Chong Eng Leong agar Maximus menyatakan pendiriannya dalam isu 'Projek IC'.

Beliau berkata, perjuangan PBS yang konsisten dalam isu itu terbukti dengan penubuhan Biro Khas mengenai PTI yang diketuai oleh seorang pemimpin kanan parti sejak penubuhannya pada 1985.

"Biro itu kini diketuai oleh Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Radin Malleh yang selama ini menjadi antara yang aktif dalam mengetengahkan isu PTI.

"Cadangan Presiden PBS untuk menubuhkan jawatankuasa khas bipartisan adalah bertepatan kerana Sabah mempunyai kuasa muktamad ke atas imigresen, terutamanya selepas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah sebahagian daripada Perlembagaan berikutan pindaan pada Artikel 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini.

"Kami sedar akan isu yang dibangkitkan oleh Dr Chong Eng Leong tetapi adalah tidak betul untuk mengatakan PBS mengubah pendiriannya dalam isu PTI. Kami akan sentiasa menentang kehadiran mereka di Sabah dulu, kini dan selamanya. Sabah adalah untuk rakyat Malaysia yang tulen sahaja," katanya.

Beliau berharap apabila jawatankuasa khas antara parti dibentuk, setiap permasalahan akan dikupas bagi menentukan punca masalah ini  agar dapat mencari penyelesaian yang sewajarnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/11
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.084599 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list