CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 470|Reply: 0

[Sarawak] Individu, NGO digalak buat kerja amal bantu golongan memerlukan

[Copy link]
Post time 11-1-2022 11:28 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah menerima sumbangan pelitup muka daripada Pengasas Kuching Love Book Association May Loo Hun Ing  semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmul 2 hari ini.

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) menggalakkan lebih ramai orang termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menjalankan kerja-kerja amal di Sarawak.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia bagi membantu golongan memerlukan terutama ketika berdepan dengan situasi pandemik COVID-19.

Mengambil contoh katanya, Kuching Love Book Association and 38 Yayasan Amal Cinta telah melakukan aktiviti amal yang memberi manfaat kepada golongan berkenaan tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kita memang menggalakkan kerja amal seumpama ini di Sarawak dan ia perlu diteruskan kerana kita mahu Sarawak menjadi penanda aras bagi aktiviti amal yang merentasi kaum dan agama.

“Ia sudah pastinya akan menyumbang kepada keharmonian kaum selain mewujudkan perasaan baik dalam kalangan masyarakat di negeri ini,” katanya pada sidang media semasa menerima kunjungan hormat daripada kedua-dua NGO tersebut di sini, hari ini.

Fatimah berkata, itu sebabnya Sarawak diangkat sebagai model negeri yang harmoni dan dapat hidup aman dengan pelbagai kaum yang berbeza agama.

“Sebagai seorang individu bahkan menteri yang bertanggungjawab dalam menjaga kesejahteraan masyarakat, saya amat terharu dengan kerja-kerja amal yang dijalankan oleh dua NGO terbabit merentasi kaum dan agama.  

“Ini benar-benar semangat Keluarga Malaysia,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat.

Beliau dalam pada itu, merakamkan penghargaan dan rasa bersyukur kerana kedua-dua NGO itu mahu menyumbang kepada penduduk di Dalat.

“Saya pernah secara berseloroh memberitahu NGO ini bahawa saya harap mereka juga boleh melakukan kerja amal, keluar dari Kuching dan ke kawasan saya (Dalat).

“Mereka tidak menganggapnya sebagai jenaka sebaliknya telah memutuskan untuk pergi ke Dalat. Jadi, dalam mesyuarat ini, kita akan membincangkan bagaimana ia boleh dilakukan,” katanya.

Terdahulu, Fatimah menerima sejumlah 5,000 pelitup muka daripada Kuching Love Book Association untuk diagihkan kepada penduduk di Dalat.

Hadir sama pada kunjungan itu ialah Pengasas Kuching Love Book Association May Loo Hun Ing serta Dato Law Chean Yap dan Datin Ling Wong Lee, wakil daripada 38 Yayasan Amal Cinta.


utusanborneo.com.my/2022/01/11


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.070248 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list