CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki didenda kerana miliki dadah

[Copy link]
Post time 11-1-2022 11:19 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Miliki dadah berbahaya, seorang lelaki didenda RM3,300 atau lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.

Samuel Yee Chuen Tak, 47, dari Long Naah, Ulu Baram didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.
   
Jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
   
Menurut keterangan kes, tertuduh bukan sebagai seorang yang diberi kuasa di bawah ADB 1952, didapati ada memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 0.23 gram (berat bersih).
   
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5.20 petang, 20 September tahun lalu di tepi jalan Lorong 4 Quadruplex Bandar Baru Permyjaya di sini.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.


utusanborneo.com.my/2022/01/11
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.118107 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list