CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

[Sarawak] Penganggur didenda kerana pukul abang ipar guna penyapu

[Copy link]
Post time 11-1-2022 11:17 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang penganggur lelaki didenda RM3,500 atau lima bulan penjara sekiranya gagal membayar di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, akibat memukul abang iparnya dengan menggunakan sebatang penyapu kayu.

Tertuduh, Jonathan Undi, 36, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja mencederakan abang iparnya yang berusia 60 tahun menggunakan sebatang penyapu kayu dalam satu kejadian pada 2 November 2021, jam lebih kurang 10.45 malam di kediaman keluarga mereka di Kampung Git, Jalan Puncak Borneo, di sini.

Berdasarkan keterangan kes, apabila mangsa hendak masuk ke dalam rumah, tertuduh tiba-tiba bercakap dengan nada yang tinggi dan memukulnya dengan penyapu tersebut.
Perbuatan tertuduh menyebabkan dahi sebelah kiri mangsa lebam selain menyebabkan mangsa mengalami luka kecil.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga sepuluh tahun atau dengan denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, tertuduh yang sama (Jonathan Undi) juga dijatuhi hukuman denda RM2,000 selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan merosakkan barangan milik mangsa sama, sehingga mangsa mengalami kerugian berjumlah RM1,500.

Majistret Zubaidah Sharkawi juga memerintahkan tertuduh yang disabitkan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan itu untuk dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan cermin besar belakang serta cermin tingkap belakang kereta, mematahkan cermin sisi kereta tersebut, memecahkan tiga biji pasu bunga dan merosakkan sebuah meja kopi, kesemuanya milik mangsa iaitu abang iparnya.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya dalam satu kejadian berasingan pada 29 Oktober 2021, jam lebih kurang 4.13 petang juga di kediaman keluarga mereka.

Hasil siasatan mendapati tertuduh mengamuk dan membaling batu sehingga menyebabkan cermin sisi kereta patah serta cermin besar belakang dan cermin tingkap belakang tepi sebelah kanan milik mangsa pecah.

Selain itu, tiga biji pasu bunga dan meja kopi milik mangsa juga rosak akibat dibaling serta dicampak oleh mangsa.

Difahamkan, hubungan antara tertuduh dan mangsa berada dalam keadaan tidak baik susulan kedua-duanya mempunyai masalah peribadi dan ini bukan kali pertama tertuduh bertindak sedemikian.

Tertuduh juga dikatakan sering datang ke rumah keluarga mereka dengan tujuan untuk meminta duit daripada ahli keluarga dan sekiranya tidak dilayan, tertuduh akan mengamuk.

Pendakwaan dilakukan secara berasingan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad dan Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin.


utusanborneo.com.my/2022/01/11
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.040426 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list