CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 11/01/2022

[Copy link]
Post time 11-1-2022 10:46 PM | Show all posts |Read mode





COVID19: 22 kes baharu di Sarawak hari ini

KUCHING: Sarawak merekodkan 22 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini kini sebanyak 252,527.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata 11 daripada kes baharu ini adalah kategori satu (tiada gejala) manakala sembilan kes lain adalah kategori dua (gejala ringan) dan selebihnya adalah kategori tiga (jangkitan paru-paru).

“Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Kuching (8), Samarahan (3) dan masing-masing dua kes di Bintulu, Sibu serta Limbang.

“Sementara itu, daerah Miri, Lawas, Serian, Beluru dan Matu masing-masing merekodkan satu kes hari ini,” ujarnya.

JPBNS turut memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan manakala seramai 85 individu di bawah pengawasan (PUS) baharu menjalani kuarantin.

Mengenai notis kompaun, polis Sarawak mengeluarkan kompaun sejumlah 17 kompaun atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan 16 daripadanya dikeluarkan di daerah Kuching dan satu di Miri.

15 kesalahan melibatkan kegagalan mengimbas kod QR MySejahtera, satu kesalahan membabitkan pemilik premis gagal memaparkan jumlah had pelanggan memasuki premis serta satu manakala satu lagi adalah tidak menjaga penjarakan fizikal.

Dalam pada itu, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pula telah mengeluarkan satu notis kompaun di bawah seliaan Majlis Daerah Bau atas kesalahan gagal mengemas kini buku daftar pelanggan.


utusanborneo.com.my/2022/01/11
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2022 10:48 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050328 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list