CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Sabah] Ahli sindiket minta rasuah RM2,000 untuk pendaftaran sijil digital vaksin ditahan

[Copy link]
Post time 11-1-2022 04:35 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berjaya menahan seorang lelaki selepas terlibat dalam sindiket pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 di dalam aplikasi MySejahtera.

Menurut sumber suspek berumur 31 tahun itu adalah ahli sindiket dan sudah meminta rasuah lebih daripada RM2,000 untuk tujuan pendaftaran terbabit pada Oktober 2021.

Katanya suspek kemudiannya dipercayai akan memberi wang rasuah yang diterima daripada orang awam kepada sukarelawan yang bertugas di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekitar Sabah.

“Bayaran itu adalah sebagai balasan untuk mendaftarkan penama yang tidak menerima suntikan dos vaksin COVID-19 bagi mendapatkan sijil digital dalam aplikasi My Sejahtera.

“Suspek kemudiannya ditahan kira-kira jam 1.30 petang di Pejabat SPRM Kota Kinabalu semalam susulan operasi yang dilancarkan di sini,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy (gambar) ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan permohonan reman dijangka akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.


utusanborneo.com.my/2022/01/11
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.140443 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list