![](https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2019/09/saman-672x420.jpg)
KUCHING: Diskaun 80 peratus untuk membayar saman sempena sambutan 100 hari aspirasi Keluarga Malaysia seperti yang ditawarkan akan berakhir esok, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu.
Menurutnya, orang ramai yang masih belum membayar digalakkan untuk membayar selewat-lewatnya pada 30 Disember ini.
“Namun, pembayaran hanya akan dibuka sehingga tengahari sahaja bagi membuat pelarasan untuk penutupan akaun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menawarkan diskaun 80 peratus bagi saman trafik sehingga 12 Disember lalu, namun dilanjutkan tempoh sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Tempoh lanjutan dilaksanakan susulan PDRM menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, di samping memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan tunggakan dengan pengurangan nilai saman.
Pada masa yang sama, inisiatif ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan bebanan masyarakat yang terkesan selepas penularan Covid-19, sekali gus dapat mengurangkan jumlah saman dalam simpanan data PDRM.
sarawakvoice.com/2021/12/29 |