CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 0

[Pahang] Tangkap 73 gajah liar

[Copy link]
Post time 9-12-2021 01:26 PM | Show all posts |Read mode

GAJAH jantan (kiri) seberat 1.5 tan ditangkap di kawasan perumahan nelayan Sungai Puteri, akhir bulan lalu. FOTO Mohd Rafi Mamat

Kuantan: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, Temerloh berjaya menangkap dan memindahkan 73 gajah liar di enam negeri sehingga semalam.

Kelantan mencatat jumlah tangkapan terbanyak iaitu 25 ekor diikuti Pahang (18), Johor (10), Kedah (8), Perak (6) dan Terengganu (6).

Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, tangkapan gajah liar tahun ini bertambah hampir sekali ganda berbanding 38 ekor tahun lalu dan 34 pada 2019.

Menurutnya, peningkatan ketara berlaku di dua negeri, iaitu Kelantan dari 16 ekor tahun lalu kepada 25 ekor tahun ini diikuti Pahang 18 ekor tahun ini berbanding tiga tahun lalu.

Katanya, tahun lalu Kedah tidak ada ancaman gajah liar namun tahun ini sebanyak lapan ekor berjaya ditangkap dan dipindahkan dalam operasi yang dilakukan.

"Faktor pembukaan kawasan hutan secara tidak terkawal untuk projek pertanian menjadi antara sebab utama gajah mula keluar daripada kawasan hutan yang menjadi habitat semula jadi haiwan berkenaan.

"Banyak kes haiwan berkenaan keluar daripada hutan untuk mencari makan seterusnya tersesat masuk ke kawasan kampung dan penempatan, kes terbaharu berlaku di kawasan perumahan nelayan Sungai Puteri, Rompin akhir bulan lalu apabila seekor gajah jantan seberat 1.5 tan muncul dibelakang rumah penduduk," katanya, di sini hari ini.

Che Ku Mohd Zamzuri berkata, pihaknya menerima aduan ancaman gajah liar hampir setiap bulan, namun tidak semua aduan berakhir dengan operasi mengesan seterusnya menangkap haiwan berkenaan.

"Terdapat kes kita hanya bertindak menghalau kumpulan haiwan berkenaan supaya termasuk ke hutan berhampiran seterusnya membuat pemantauan selama beberapa hari di kawasan terbabit.

"Operasi menangkap dan memindahkan gajah liar dilakukan terutama apabila haiwan terbabit mengancam manusia dan memusnahkan tanaman seperti pokok buah-buahan, kelapa sawit dan nangka.

"Penggunaan pagar elektrik dan parit adalah kaedah paling berkesan menghalang gajah daripada menceroboh kawasan pertanian," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30629 Replies : 227
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6823 Replies : 108
แทงบอล ออนไลน์ ราคาน้ำดีที่สุด LINE:@UFADEAL ทางเข้าแทงบอล ขั้นต่ำ10บาท
ufadeal-websiteแทงบอล ออนไลน์ ราคาน้
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205752 Replies : 4936
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7475 Replies : 55
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41651 Replies : 255
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12385 Replies : 10
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3517 Replies : 10
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10828 Replies : 44
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.051347 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list