|
Priyanka Chopra.
Los Angeles: Pasangan selebriti terkenal Priyanka Chopra, 39, dan suami, Nick Jonas, 29, dikhabarkan sedang mengalami masalah rumah tangga serta dilaporkan sudah bercerai.
Bagaimanapun ibu kepada Priyanka iaitu Madhu Chopra tampil menegaskan perkahwinan puterinya dengan Jonas masih lagi berada di dalam keadaan baik.
Madhu juga memohon orang ramai supaya tidak percaya dengan khabar angin yang bertebaran ketika ini.
"Itu semua sampah. Jangan sebarkan khabar angin tidak betul," kata Madhu kepada sebuah portal berita.
Terdahulu terdapat gosip mendakwa hubungan pasangan selebriti popular itu dilanda masalah apabila Priyanka dikatakan membuang nama Jonas di akaun media sosialnya.
Bagaimanapun, Priyanka dilihat tidak mempunyai sebarang masalah rumah tangga apabila masih membalas komen romantis dengan suaminya itu di media sosial.
|
|