View: 616|Reply: 0
|
[Sarawak]
327 individu, 19 premis dikompaun gagal patuh SOP di Kuching
[Copy link]
|
|
KUCHING: Seramai 327 individu dan 19 pemilik premis perniagaan dikompaun sepanjang operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di sekitar Kuching pada November lepas.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata operasi tersebut dilakukan di premis-premis, tempat awam dan kawasan tumpuan pelancongan di sekitar bandar raya Kuching.
Difahamkan, sebanyak RM680,500 jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut.
"Hasil operasi, seramai 327 individu dikompaun RM1,500 setiap seorang atas kesalahan tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal dan tidak mengimbas aplikasi MySejahtera.
"Manakala setiap premis pula dikompaun RM10,000 atas kesalahan pemilik gagal pastikan pelanggan daftar masuk menggunakan My Sejahtera atau mencatit di buku pendaftaran dan gagal memaparkan jumlah maksimum pelanggan yang dibenarkan masuk dalam sesuatu masa.
"Terdapat juga pemilik premis yang dikompaun kerana masih gagal menyediakan buku daftar pelanggan, kod pengimbas MySejahtera, suhu dan pensanitasi tangan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya juga, terdapat juga beberapa kesalahan yang boleh menyebakan pemilik premis dikompaun, termasuk membenarkan pekerja yang belum divaksin bekerja.
"Sekiranya ada pekerja yang didapati tidak mendaftar masuk ke dalam premis (tempat bekerja) juga akan menyebabkan pemilik premis dikompaun.
"Selain itu, gagal memastikan pelanggan mematuhi penjarakan fizikal di dalam premis juga boleh menyebabkan pemilik premis dikompaun," jelasnya.
Tegasnya kesemua kesalahan tersebut dikompaun di bawah Peraturan 17(1) dan 17(2) PPPPB (LLDKTJ) (PPN) 2021.
"Masyarakat diingatkan untuk sentiasa dan terus mematuhi SOP demi kebaikan bersama," ujarnya.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|