CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 0

[Borneo] Tiada kuarantin bagi jemaah asing lengkap vaksin diluluskan Arab Saudi

[Copy link]
Post time 2-12-2021 09:21 AM | Show all posts |Read mode


JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan kuarantin di institusi kuarantin tidak lagi diperlukan bagi jemaah umrah asing yang menerima dua dos vaksin COVID-19 diluluskan Arab Saudi.

Jemaah yang divaksin sepenuhnya kini boleh melakukan perjalanan terus ke kota suci Makkah dan mula melakukan ibadah umrah tanpa memerlukan institusi kuarantin, jelas kementerian itu.

Memetik laporan Saudi Gazette, kementerian itu turut mengumumkan tempoh tinggal di negara itu bagi jemaah yang datang dari luar negara ditambah kepada 30 hari.

Sebelum larangan perjalanan berikutan penularan pandemik COVID-19, jemaah asing dibenarkan tinggal sehingga 30 hari di Arab Saudi. Apabila larangan sementara jemaah umrah ditarik balik dan perkhidmatan umrah disambung semula pada 1 November 2020, jemaah asing dibenarkan tinggal selama 10 hari di negara itu.

Kini semua jemaah asing berumur 18 tahun ke atas akan diberikan permit untuk memasuki Arab Saudi dan menunaikan umrah, selaras dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Bagi jemaah domestik pula, individu berumur 12 tahun ke atas dibenarkan menunaikan umrah.

Kementerian Haji dan Umrah menjelaskan bahawa syarat untuk jemaah umrah dari negara yang tidak termasuk dalam larangan perjalanan hanyalah inokulasi dengan dua dos vaksin coronavirus diluluskan kerajaan. Mereka tidak lagi perlu mematuhi syarat institusi kuarantin.

Bagaimanapun, kuarantin di institusi kuarantin selama tiga hari diperlukan untuk jemaah asing yang diimunisasi dengan dua dos vaksin diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jemaah berkenaan perlu menjalani ujian makmal PCR selepas 48 jam kuarantin dan akan dibenarkan menunaikan umrah jika mereka mengemukakan laporan PCR negatif.

Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman baru-baru ini mengeluarkan perintah membenarkan penggunaan sepenuhnya kapasiti Masjidil Haram dan Masjid Nabawi untuk menerima jemaah.

Kementerian telah membatalkan had umur maksimum 50 tahun untuk jemaah yang datang menunaikan umrah dari luar Arab Saudi.

Terdahulu, kementerian menetapkan umur minimum 18 tahun dan maksimum 50 tahun untuk menempah janji temu dan mengeluarkan permit mengerjakan umrah, serta permit solat di Masjidil Haram dan Al-Rawdah Sharif di Masjid Nabawi serta melawat Makam Nabi berikutan kelonggaran sekatan yang dikenakan berikutan pandemik.

Kementerian baru-baru ini melancarkan perkhidmatan mengeluarkan permit umrah serta akses ke Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah bagi mereka yang datang dari luar negara melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

Walaupun langkah penjarakan fizikal ditarik balik, jemaah masih dikehendaki memakai pelitup muka dan membuat tempahan untuk menunaikan umrah dan solat bagi mengesahkan status imuniti mereka di pintu masuk masjid. - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.090476 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list