View: 629|Reply: 0
|
[Sarawak]
Operator maut dihempap kren
[Copy link]
|
|
KUCHING -
Seorang operator maut selepas dihempap sebuah kren yang tumbang di belakang bangunan kedai di Jalan Petanak malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.20 malam.
Mangsa dikenali ssbagai Manggi Nanjus berusia 51 tahun dari Kampung Praya, Padawan.
Pada jam 9 malam, pihak Bomba memaklumkan mereka berjaya mengeluarkan kepala dan sebahagian badan mangsa manakala sebahagian lagi masih tersepit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan Tan Min Chai dalam kenyataan memaklumkan usaha mengeluarkan mangsa diteruskan dengan bantuan dua buah jengkaut bagi mengorek dan menstabilkan kren itu.
Katanya, sebahagian anggota badan mangsa yang terputus berjaya dikeluarkan pada jam 10.10 malam.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|