CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 615|Reply: 0

[Sarawak] Bahasa Malaysia atau Inggeris, Sarawak ada pilihan

[Copy link]
Post time 1-12-2021 10:41 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Sarawak mempunyai pilihan untuk menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata di bawah Artikel 161 Perlembagaan Persekutuan berhubung perlindungan bagi Sabah dan Sarawak, menyatakan bahawa Sarawak mempunyai kebebasan untuk terus menggunakan Bahasa Inggeris dan juga bahasa asal, bersama dengan Bahasa Malaysia sebagai medium rasmi komunikasi.

Katanya sehingga hari ini Sarawak tidak pernah meluluskan sebarang ordinan atau enakmen bagi mengehadkan atau memansuhkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sebagaimana yang dinyatakan dalam Artikel 161(3) Perlembagaan Persekutuan, Jawatankuasa Antara Kerajaan (ICG) dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Menurutnya Seksyen 1(2) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971) memperuntukkan bahawa merujuk kepada Sabah dan Sarawak, masing-masing pihak berkuasa negeri boleh menerima pakai Akta Bahasa Kebangsaan menerusi enakmen perundangan masing-masing negeri.

“Ini bermakna jika dilihat dengan lebih teliti terhadap perkataan yang terkandung dalam Akta Bahasa Kebangsaan, Sarawak mempunyai kebebasan untuk memilih sama ada menerima pakai bahasa kebangsaan, yakni Bahasa Malaysia, atau meneruskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.

“Ketika ini tidak ada sebarang ordinan atau akta yang dikemukakan atau diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi menerima pakai bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Junaidi, Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi bagi semua tujuan rasmi dengan beberapa had yang dinyatakan dalam Seksyen 2(1) berhubung kedudukan bahasa kebangsaan Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun Sarawak tidak menerima pakai Akta Bahasa Kebangsaan kerana undang-undang diluluskan di Dewan undangan Negeri untuk megembangkan Akta berkenaan ke Sarawak sebagaimana yang diperlukan dibawah Artikel 152 yang dibaca bersama dengan Artikel 161 Perlembagaan Persekutuan.

“Sehubungan itu Sarawak, tidak seperti lain-lain negeri dalam persekutuan, tidak diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan dalam tujuan rasminya,” tambahnya. - Bernama


utusanborneo.com.my/2021/11/30

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.350716 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list