CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 612|Reply: 0

[Sarawak] Ejen insurans tak mengaku edar 17.55kg ganja

[Copy link]
Post time 1-12-2021 10:32 PM | Show all posts |Read mode


Tertuduh (dua kanan) diiring pegawai JKDM. Turut kelihatan, peguam tertuduh Roger Chin (kiri).

KUCHING: Seorang ejen insurans sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas tuduhan mengedar 17.55 kilogram ganja.

Maxine Rose Frederick, 27, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan pindaan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Zaleha Rose Pandin.

Mahkamah seterusnya menetapkan kes disebut semula pada 4 Januari 2022 untuk untuk memantau dokumen bagi perbicaraan.

Sementara menunggu tarikh tersebut, tertuduh direman lanjut di Penjara Puncak Borneo.

Berdasarkan pertuduhan, wanita yang berasal dari Kampung Cemerlang tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di balai ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 28 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39 B (2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 kali sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.

Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menahan tertuduh yang tiba dengan penerbangan dari Kuala Lumpur bersama bagasi dibawanya.

Pegawai JKDM yang bertugas di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) melakukan imbasan terhadap bagasi dibawanya dan menemui imej mencurigakan.

Hasil pemeriksaan seterusnya mendapati bagasi tersebut mengandungi 18 bungkusan dadah jenis ganja yang dibalut kertas hadiah dan kertas karbon.

Tertuduh juga dikatakan tertarik dengan tawaran pekerjaan di sebuah syarikat di Serian yang dijanjikan rakannya yang ditemui di Kuala Lumpur, sehingga sanggup membawa bagasi besar dikirim rakannya itu ketika balik ke Kuching.

Tertuduh diwakili peguam, Roger Chin dan Osman Ibrahim manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Musli Abd Hamid yang mewakili pegawai pendakwa JKDM.


utusanborneo.com.my/2021/11/30

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.044388 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list