CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Sarawak] 310 petugas perubatan terima dos penggalak

[Copy link]
Post time 16-10-2021 05:35 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seramai 310 petugas barisan hadapan perubatan menerima dos penggalak vaksin Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Tanah Puteh yang bermula semalam hingga ke hari ini.

Menurut Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Tanah Puteh, Dr Muhamad Irfan Yasin Ali Uddin, kesemua petugas itu merupakan kakitangan dari Klinik Kesihatan Tanah Puteh, Klinik Ibu dan Anak Sekama dan Jalan Bintawa, Klinik Komuniti Tabuan, cawangan Logistik Farmaseutikal Negeri dan Pusat Sehenti Covid-19.

"Pada masa ini, kami hanya memfokuskan kepada petugas barisan hadapan perubatan dan setelah aplikasi mudah alih MySejahtera diperbaharui dengan penggalak Covid-19 dan ciri untuk dos ketiga, kami akan memberi tumpuan kepada kumpulan dewasa dengan komorbiditi," kata Dr Muhamad Irfan ketika ditemui di klinik kesihatan hari ini.

Dr Muhamad Irfan menambah klinik kesihatan masih bertanggungjawab untuk memberikan dos kedua vaksin kepada pelajar berusia antara 12 hingga 17 tahun serta mengucapkan penghargaan kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng kerana membantu di dalam program vaksinasi terbabit.

Wee yang turut hadir menyaksikan program vaksinasi dos tambahan di Klinik Kesihatan Tanah Puteh hari ini, berkata pihaknya akan sentiasa memberikan sebarang bantuan yang diperlukan dalam pengurusan wabak COVID-19 tersebut.

"Mulai 18 Oktober, program vaksinasi akan dipindahkan ke Stadium Tertutup MBKS dan Jabatan Kesihatan, bersama dengan pihak majlis yang akan bekerjasama untuk mendirikan tempat tersebut sebelum tarikh ia dimulakan," katanya.

Wee juga meminta orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan program vaksinasi untuk tampil memberikan bantuan yang diperlukan.

Antara yang hadir adalah Ahli Majlis MBKS, Kho Teck Wan dan Goh Tze Hui.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.332129 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list