|
KUCHING: Syarikat minyak Petronas telah menegaskan semula komitmennya untuk bekerjasama dengan kerajaan Sarawak.
Pengerusi Petronas, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, pada 14 Oktober lalu.
Beliau ditemani Ahli Lembaga Pertronas, Dato Haji Ibrahim Haji Baki dan Presiden dan CEO Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik.
"Semasa mesyuarat dengan Ketua Menteri, Tan Sri Bakke menegaskan semula komitmen syarikat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri," menurut laman facebook Petronas semalam.
Tambahnya, ia ke arah kolaborasi yang saling menguntungkan dalam mengembangkan industri dan ini akhirnya menuju ke arah memberi manfaat kepada rakyat Sarawak dan negara.
Delegasi Petronas terbabit juga mengambil peluang untuk melawat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Wisma Bapa Malaysia dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Wisma Sumber Alam, di sini, pada hari yang sama.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|