CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Pulau Pinang] Guna jambatan kedua masuk, keluar Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 15-10-2021 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Guna jambatan kedua masuk, keluar Pulau Pinang[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 15, 2021 @ 3:49pmbhnews@bh.com.my




GEORGETOWN: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), pemegang konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) menjangkakan trafik memasuki bahagian pulau dan Seberang Perai di Pulau Pinang akan meningkat susulan cuti hujung minggu dan cuti umum sempena Maulidur Rasul pada Selasa depan.

Berikutan itu, pengguna dinasihati merancang perjalanan, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan mendapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan, serta patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

JKSB dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya bersedia dari segi operasi dengan menyediakan lapan lorong tol merangkumi perkhidmatan Smart Tag, Touch N Go dan RFID bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan pengguna.

"JSAHMS juga menawarkan ciri-ciri keselamatan yang terbaik demi keselesaan pengguna seperti laluan khas kepada penunggang motosikal.

"Selain itu, JSAHMS juga bertindak sebagai laluan alternatif untuk ke bahagian utama pulau seperti Batu Maung, Bayan Lepas, Balik Pulau dan Georgetown," katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, dengan kadar tol RM 5.74 bagi kelas satu merangkumi kenderaan persendirian atau penumpang, JSAHMS adalah pilihan untuk pengguna keluar masuk dari atau ke bahagian pulau.

"Ini kerana ia adalah 'direct dual carriageway' yang menghubungkan secara terus Batu Kawan kepada bahagian utama pulau dan menghubungkan Batu Kawan secara terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas.

"Pengguna akan sampai ke kawasan yang dinyatakan dengan lebih mudah tanpa perlu menempuh kesesakan yang serius.

"Tidak dinafikan, JSAHMS terletak lebih jauh daripada mod lintasan yang lain tetapi jika dipertimbangkan dari segi kesenangan pengguna, JSAHMS adalah alternatif terbaik," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.053471 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list