CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak cadang pindaan baharu Perlembagaan Persekutuan yang lebih komprehensif

[Copy link]
Post time 15-10-2021 04:23 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING, 15 Oktober: Sarawak cadang pindaan baharu ke atas Artikel 1(2) dan Artikel 160(2) Perlembagaan Persekutuan yang lebih komprehensif dan mencerminkan semangat serta niat sebenar parti ketika memeterai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pindaan tersebut menerusi definisi Persekutuan di bawah Artikel 160(2) adalah penting dan perlu dilakukan agar MA63 dan fasalnya diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bercakap pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, Kuching hari ini, beliau berkata pindaan itu juga akan memperkenalkan definisi Hari Malaysia yang tidak pernah ditakrifkan sebelum ini.

Katanya, ia merupakan pindaan kedua selain turut menjelasnya kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak memberi sokongan pada pindaan pertama kerana ia bersifat kosmetik dan tidak menggambarkan status khas Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam MA63.

Ujarnya, semasa kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Hanifah Hajar Taib hari ini, mereka membincangkan mengenai cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan beberapa perkara berkaitan MA63 serta kepentingan Sarawak.



credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.175479 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list