CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 6

[Sarawak] Usia bukan penghalang. 76tahun kayuh basikal sejauh 650km

[Copy link]
Post time 15-10-2021 09:41 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Usia 76 tahun tidak menghalang Awang Tinggal Lamodin untuk berbasikal sejauh 660 kilometer dari Bintulu ke Kuching pada awal Oktober lalu.

Awang yang terdahulunya kerja di kapal dan merupakan bekas askar sementara berkata, beliau berbasikal sejauh itu untuk mencipta rekod peribadi sendiri, selain berniat untuk mengharumkan nama Sarawak.

Berbekalkan basikal bukit (mountain bike), perjalanan Awang dimulakan pada 5 Oktober dan berakhir pada jam 1.30 petang, 10 Oktober lalu.

Dalam sehari, beliau mengayuh sekitar tujuh atau lapan jam, menjadikan ia berjumlah lebih kurang 43 jam bagi perjalanan lima hari tersebut.

Kelajuan kayuhannya pula kira-kira 26 batu dalam sejam.

“Sepanjang perjalanan lima hari tersebut, hanya gear basikal sahaja yang menjadi cabaran buat saya. Disebabkan gear sudah rosak, saya terpaksa menyorong basikal jika hendak menaiki bukit. Buat masa ini, saya tidak mempunyai alat ganti untuk gear tersebut,” jelas Awang ketika ditemui di hotel penginapannya di sini, pada Selasa (12 Oktober).

Kata Awang juga, gear berkenaan telah rosak beberapa kali, sehingga beliau terpaksa membuangnya di Bukit Sebangkoi di jalan Sarikei-Kuching dan sejurus gear berkenaan dibuang, beliau terus menukar gear secara manual dengan menggunakan jari.

Perjalanan berbasikal dari Bintulu ke Kuching itu juga kata Awang, tidak menelan belanja yang besar kerana beliau hanya makan makanan ringan dan sekadar minum air.

“Jika ada menginap sekalipun hanya semalam sahaja iaitu di sebuah hotel di Selangau dengan belanja RM80,” katanya lagi.

Pada masa lain, Awang merehatkan diri dengan tidur di kawasan jambatan dan adakalanya singgah sebentar di kawasan kampung.

Bercerita mengenai pengalaman beliau semasa tidur di Jambatan Debak, Awang berkata, beliau mendengar bunyi tangisan kanak-kanak sekitar jam 1.15 hingga 1.30 pagi.

“Saya hanya berdiam diri dan tidak mempedulikan bunyi tersebut dan hanya baring,” katanya sambil menambah, beliau meneruskan perjalanan sekitar jam 4 pagi ke Ulu Layar, Betong.

Meskipun berhadapan situasi sedemikian, Awang lebih gemar berbasikal pada waktu malam berikutan cuaca sejuk.

“Keadaan sepanjang jalan panas waktu siang, berbeza dengan malam yang sejuk. Akan tetapi, terdapat banyak anjing pada malam hari. Bagaimanapun jangan kalah dengan anjing. Kita hanya perlu jerit kepada anjing dan ia akan berhenti daripada mengejar kita,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai rancangan seterusnya Awang berkata, sekiranya dipanjangkan usia, beliau berhasrat untuk berbasikal solo ke Sabah.

Beliau juga menasihatkan orang ramai yang berminat untuk berbasikal jarak jauh agar tidak menggunakan ‘road bike’ kerana tayarnya kecil.

“Tayar ‘road bike’ nipis, justeru ia akan memang selalu pancit dan akan meletup,” katanya.

oleh Hafizah Abdul Hamid




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2021 10:20 AM | Show all posts
tukar gear pakai jari
teringat zaman sekolah dulu buat camtu jugak
nak repair takde duit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2021 10:33 AM | Show all posts
mdhelmi replied at 15-10-2021 10:20 AM
tukar gear pakai jari
teringat zaman sekolah dulu buat camtu jugak
nak repair takde duit
tapikan ...
untuk acik ni ... patut nya persediaan awal dah d buat sblom memulakan pengayuhan ...walaupun hanya sekadar untuk rekod pribadi...
kot jadi pa2 ka masa naik bukit tu ....


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 03:03 PM | Show all posts
otai tok nang boleh tahan deng..
dolok rajin run.. sejak berbasikal rajin berbasikal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ada forumer tanya aritu(lupa plak sapa).selamat ke kembara henti2 camni kat Swak.....pakcik ni dh buktikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2021 04:12 PM | Show all posts
Vellfire replied at 15-10-2021 03:03 PM
otai tok nang boleh tahan deng..
dolok rajin run.. sejak berbasikal rajin berbasikal
bekas askar ... memang badan fit nak ...

hahaha kamek tuk... molah kerja skit dah semput



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-10-2021 04:15 PM | Show all posts
Skuau replied at 15-10-2021 04:08 PM
ada forumer tanya aritu(lupa plak sapa).selamat ke kembara henti2 camni kat Swak.....pakcik ni dh bu ...
area perkampungan selamat ...


lalu area bandar ... tu agak berisiko...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.115450 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list