View: 281|Reply: 0
|
[Sarawak]
Golongan belia menunggu pihak kerajaan membenarkan penganjuran sukan
[Copy link]
|
|
Pembukaan sektor sukan dan rekreasi di Sarawak masih tertakluk dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Menteri Belia dan Sukan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihaknya masih lagi menggunapakai SOP yang sedia ada dalam penganjuran Liga-Liga sukan seperti liga bolasepak di negeri ini.
Jelasnya, penganjuran sukan-sukan kontak rapat akan diadakan sekiranya JPBNS dan KKM telah memberikan kelonggaran contohnya seperti Liga Bolasepak Rakyat kerana telah lama ditangguh.
Beliau sedar bahawa golongan belia sekarang ini tertunggu tunggu keputusan kerajaan memberikan kelonggaran terhadap penganjuran sukan kontak rapat seperti futsal, bolasepak, di kawasan masing-masing.
Beliau berkara demikian pada sidang media selepas Majlis Ziarah Belia di Balai Ringin, hari ini.
Dalam pada itu Dato Sri Abdul Karim turut menzahirkan kerisauan tentang prestasi sukan anak muda atau golongan belia di negeri ini kerana telah lama berkurung dan tidak menyertai apa-apa sukan.
Katanya, penularan pandemik COVID-19 yang hampir 2 tahun ini sememangnya memberi impak dalam pembangunan diri seseorang insan kerana mereka terpaksa menunda seketika latihan atau sukan yang mereka jalani.
Beliau turut berharap apabila negara sudah beralih ke fasa endemik nanti, golongan belia dan pelapis negeri dapat meneruskan kecemerlangan diri mereka sama ada dalam pelajaran ataupun sukan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|