CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3364|Reply: 4

masa depan di Sime Darby, ok ke tak?

[Copy link]
Post time 5-8-2010 10:16 AM | Show all posts |Read mode
adik sedara fida pemegang biasiswa sime darby...tapi dia bimbang dengan pelbagai berita yang dia dengar tentang syarikat ni akhir2 ni...so kalau ada sesapa yang kerja situ..boleyla bagi motivasi or pandangan....dengar cerita bonus sampai 5 bulan yer? tapi lepas ni maybe 1-2 bulan jer kan...tapi dia cakap dia tak kisah sangat....sesapa boley share...

Sime Darby dijangka umum kerugian terbesar dalam sejarah
                                                                                 August 05, 2010
                                                                                                               
KUALALUMPUR, 5 Ogos — Konglomerat gergasi sektor perladangan Sime DarbyBerhad dilihat berhadapan dengan kerugian besar sekali lagi selepas 13tahun manakala beberapa pegawai kanan pengurusan digugurkan dariunit-unit penting.
The Malaysian Insider difahamkan konglomerat dijangkamengumumkan prestasi kewangannya itu, yang dipercayai kerugian sekitarRM2 bilion dan kemungkinan ia boleh meningkat kepada RM2.5 bilion.
Kebanyakan kerugian adalah ekoran kesilapan nasihat pelaburan dalamsektor tenaga dan utiliti di Qatar dan masalah berkaitan dengan projekempangan Bakun di Sarawak.
Sime Darby berhadapan dengan masalah yang sama ketika krisiskewangan Asia 1997, di mana ia mencatatkan kerugian sekitar RM1.6bilion dan ia merupakan kerugian paling besar dalam enam bulan sehinggaDisember 1997.
Ia mencatatkan kerugian RM676.2 juta pada enam bulan berikutnya dan menutup tahun kewangan 1998 dengan kerugian RM540.9 juta.
Juga difahamkan pengarah urusan bahagian pelaburan Tunku DatukBadlishah Tunku Annuar telah dipindahkan dari beberapa unit di bahagianitu manakala beberapa pegawai lain dijangka menyusul selepas bekasketua eksekutif Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid diminta mengambil cutibermulai 13 Mei lalu ekoran kerugian dialami Sime Darby.
Selain tindakan-tindakan itu, kumpulan ini juga dijangka berhadpaandengan tindakan perundangan berikutan jika mengakhiri pelaburan bersamadi beberapa negara luar.
The Malaysian Insider juga difahamkan sejak dilantiksebagai pemangku ketua eksekutif, Datuk Bakke Salleh sedang menghalusipelaburan-pelaburan bersama melibatkan Sime Darby dengan berhujahbahawa sesetengah pelaburan bukan sesuatu yang memanfaatkan Sime Darby.
Beliau dikatakan memberi syor sama ada pelaburan-pelaburan terbabit dikaji semula ataupun ditamatkan.
Penganalisis melihat tindakan untuk menamatkan pelaburan-pelaburanini dijangka membawa kepada pertikaian perundangan bagi Sime Darby.
Dua minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata,kerajaan belum mengambil sebarang tindakan terhadap Lembaga PengarahSime Darby kerana masih menunggu keputusan kajian oleh pakar-pakarluaran daripada firma perunding (KPGM dan Deloitte) dan sebuah firmaguaman bebas.
Sebelum ini ada desakan kesemua anggota lembaga meletakkan jawatan memikul masalahb dialami konglomerat itu.
Najib dalam jawapan bertulis berkata firma perunding dan firmaguaman bebas berkenaan kini sedang menjalankan audit forensik bebasyang dijangka selesai pada akhir bulan ini.
"Sebarang keputusan atas dasar akauntabiliti dankebertanggungjawaban akan hanya diambil setelah segala usaha audit dansiasatan ini selesai sepenuhnya," kata Najib yang juga Menteri Kewanganketika menjawab soalan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenaitindakan yang diambil terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby secara “enbloc” atas kegagalan mereka menyelamatkan Sime Darby daripada kerugianhampir mencecah RM2 bilion.
Ekoran kerugian lebih RM1.6 bilion akibat daripada lebihan kos dalamprojek kendaliannya, Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai KetuaEksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 November ini, telahdiminta bercuti.
                                                                       
                               
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2010 11:58 PM | Show all posts
Bila you just nak bekerja and plan to retire with that job..it is actually risky...walaupun petronas...

Sime Darby won't down...government will spend people's money to cover up the debt...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 12:55 AM | Show all posts
Bila you just nak bekerja and plan to retire with that job..it is actually risky...walaupun petronas ...
koken_7 Post at 5-8-2010 23:58



    Yup! sama cam zaman MAS nak bangkrup atau sudah bangkrup dulu.. boleh katakan soklan secure or not konpom bermain dalam kepala.. tapi cam koken_7 cakap.. so sampai sekarang masih terbang:p

*p/s maybe on certain part terpaksa kena benti/VSS cam biasa ... but bisness tetap jalan so keje pepe pom memasing ada risiko huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 09:36 AM | Show all posts
company2 mcm ni bahaya kalau satu hari nanti nak merge ke apa.. sb GLC. tak pasal2 kena VSS
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 12:04 AM | Show all posts
sime darby will always be the no.1 company.
tak yah risau sangat bab merging.  kalau ada pun, sime darby yang telan kampeni lain pasal takde yang sebesar sime darby.
anyway, depends la kat mana dia kerja.  the co. itself atau subsidiaries?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.391142 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list