View: 2553|Reply: 2
|
Hak Penjual dalam Urusan S&P
[Copy link]
|
|
Salam,
Saya ada sedikit masalah, mohon pandangan dan nasihat tuan/puan sekalian.
Kami suami isteri telah menjual rumah kami pada awal Disember tahun lepas tapi sehingga ke hari ini urusan jual beli masih tidak selesai.
Apa yang kami faham, jual beli bagi rumah di KL paling lama pun mengambil masa selama 6 bulan, tapi dalam kes kami, urusan ini berlanjutan hampir 8 bulan. Dalam masa tempoh tersebut, kami telah mengalami beberapa kerugian.
Kami merasakan lawyer tersebut tidak cekap dalam menjalankan tugas.
Mereka cuai beberapa kali sehingga menyebabkan MOT expired dan pembeli terpaksa membayar penalty. Ini belum lagi dikira dgn tidak membuat followup sewajarnya (kami suami isteri yang terpaksa call mereka dan bertanyakan status permohonan kami) yang mana sering lupa dan lupa (siap kata pada kami, "bukan kes puan seorang yang kami handle, kami ada kes lain juga...", salah borang yang dihantar semasa proses memohon sekuriti dokumen dari bank, borang tertinggal, gagal bayar penuh bagi perintah bank.
Mereka juga bersikap kurang sopan dengan kami dan tidak memohon maaf di atas kecuaian mereka.
Apakah tindakan yang boleh saya ambil bagi perkara ini.
Saya merasakan saya perlu komplen mengenai ketidakcekapan mereka agar mereka yang lain tidak menerima nasib yang sama dengan saya.
Thanks |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...takde orang ke nak bantu saya?
Sampai ke hari ni saya masih tak terima baki duit penjualan rumah kami...sedih betul... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun tak paham sgt, selok-belok undang2 ni ..
tp mungkin blh tanya ke Tribunal Pengguna atau majlis peguam utk dapt kan maklumat yg lbh tepat. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|